Tuesday 29 May 2012

Saturday 19 May 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Program cuti sekolah di Paka & Kertih


JANGAN BIARKAN MASA ANAK ANDA BERLALU BEGITU SAHAJA


TEMPAT TERHAD!!!! DAFTAR SEGERA !!!!!

Tuesday 10 April 2012

SUASANA SOLAT HAJAT DI ALC KERTIH

SOLAT HAJAT


Ya ALLAH. bantulah kami dalam memperjuangkan agamaMU..Amin Ya Rabb...

TAZKIRAH SELEPAS SOLAT HAJAT

TAZKIRAH OLEH USTAZ HARIRI AL-HAFIZ

JAMUAN SELEPAS SOLAT HAJAT



SOLAT HAJAT DI ALC KERTIH

Pada 9 April 2012 (Isnin) kami telah mengadakan solat hajat sempena pembukaan tempat baru kami di Kertih.

Lokasi ALC Kertih adalah di :

LOT 12 BANGUNAN PERMINT,
BANDAR BARU KERTIH.
(deretan bangunan RHB Bank Kertih)

Saturday 24 March 2012

MOTIVASI PELAJAR DAN PENGENALAN ASAS TEKNIK AL-BAGHDADI DI SEKOLAH-SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KETENGAH JAYA (SEJAYA)



                                         



        SEKOLAH RENDAH SRI PAKA




Thursday 22 March 2012

BIODATA PENGARAH USTAZ HARIRI AL-HAFIZ


PENDIDIKAN :

        Beliau mendapat Pendidikan Tahfiz di Madrasah Pertama ditubuhkan di Malaysia iaitu Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. Selepas itu beliau meneruskan pendidikan tahfiz di peringkat syahadah di Sekolah Tahfiz Al-Quran Sungai Limau, Selangor pada tahun 2005.
        
            Meneruskan pengajian Islam di Beirut, Lubnan sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 2007, beliau pulang menyambung pengajian dalam bidang Al-Quran dan Qiraat di Kolej Maahad Al-Ihsaniah, Pulau Pinang. 

        Seterusnya beliau menyempurnakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau sempat menambah ilmu dalam bidang Bahasa Arab dan memperolehi Diploma Bahasa Arab di Markaz Lughah An-Nil, Mesir. 

        Beliau sempat bertalaqqi Al-Quran dan hadith dengan beberapa masyaikh terkenal di Mesir dan mempunyai sanad hingga ke baginda Nabi SAW.

PENGALAMAN KERJA:

        Beliau pernah menjadi Imam Masjid Hadhari Paka, Terengganu selama setahun. Di samping itu beliau bekerja sebagai guru Al-Quran di SMA Imtiaz, Dungun, Terengganu.

       Beliau berpengalaman luas dalam pendidikan tahfiz dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah tahfiz antaranya Madrasah Al-Quran Pinang Baru, Kampung Wa, Dungun. Beliau juga pernah mengajar Bahasa Arab, Feqah, Tafsir dan Hadith di Madrasah Darul Ulum, Paka.

       Seterusnya beliau telah menubuhkan kelas pengajian Al-Quran dan tajwid di Taman Uda, Paka. Di samping itu juga, beliau menubuhkan pusat pengajian Al-Quran Baitul Abrar, Paka dan mempunyai pelajar seramai  70 orang.

       Beliau juga berpengalaman dalam menganjurkan kem-kem motivasi di sekolah-sekolah serta pernah menganjurkan kem-kem semasa cuti sekolah antaranya Kem Imam Muda dan Kem Pra-Tahfiz.