Thursday 22 March 2012

BIODATA PENGARAH USTAZ HARIRI AL-HAFIZ


PENDIDIKAN :

        Beliau mendapat Pendidikan Tahfiz di Madrasah Pertama ditubuhkan di Malaysia iaitu Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. Selepas itu beliau meneruskan pendidikan tahfiz di peringkat syahadah di Sekolah Tahfiz Al-Quran Sungai Limau, Selangor pada tahun 2005.
        
            Meneruskan pengajian Islam di Beirut, Lubnan sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 2007, beliau pulang menyambung pengajian dalam bidang Al-Quran dan Qiraat di Kolej Maahad Al-Ihsaniah, Pulau Pinang. 

        Seterusnya beliau menyempurnakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau sempat menambah ilmu dalam bidang Bahasa Arab dan memperolehi Diploma Bahasa Arab di Markaz Lughah An-Nil, Mesir. 

        Beliau sempat bertalaqqi Al-Quran dan hadith dengan beberapa masyaikh terkenal di Mesir dan mempunyai sanad hingga ke baginda Nabi SAW.

PENGALAMAN KERJA:

        Beliau pernah menjadi Imam Masjid Hadhari Paka, Terengganu selama setahun. Di samping itu beliau bekerja sebagai guru Al-Quran di SMA Imtiaz, Dungun, Terengganu.

       Beliau berpengalaman luas dalam pendidikan tahfiz dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah tahfiz antaranya Madrasah Al-Quran Pinang Baru, Kampung Wa, Dungun. Beliau juga pernah mengajar Bahasa Arab, Feqah, Tafsir dan Hadith di Madrasah Darul Ulum, Paka.

       Seterusnya beliau telah menubuhkan kelas pengajian Al-Quran dan tajwid di Taman Uda, Paka. Di samping itu juga, beliau menubuhkan pusat pengajian Al-Quran Baitul Abrar, Paka dan mempunyai pelajar seramai  70 orang.

       Beliau juga berpengalaman dalam menganjurkan kem-kem motivasi di sekolah-sekolah serta pernah menganjurkan kem-kem semasa cuti sekolah antaranya Kem Imam Muda dan Kem Pra-Tahfiz.

No comments:

Post a Comment