Tuesday 29 May 2012

Saturday 19 May 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Program cuti sekolah di Paka & Kertih


JANGAN BIARKAN MASA ANAK ANDA BERLALU BEGITU SAHAJA


TEMPAT TERHAD!!!! DAFTAR SEGERA !!!!!

Tuesday 10 April 2012

SUASANA SOLAT HAJAT DI ALC KERTIH

SOLAT HAJAT


Ya ALLAH. bantulah kami dalam memperjuangkan agamaMU..Amin Ya Rabb...

TAZKIRAH SELEPAS SOLAT HAJAT

TAZKIRAH OLEH USTAZ HARIRI AL-HAFIZ

JAMUAN SELEPAS SOLAT HAJAT



SOLAT HAJAT DI ALC KERTIH

Pada 9 April 2012 (Isnin) kami telah mengadakan solat hajat sempena pembukaan tempat baru kami di Kertih.

Lokasi ALC Kertih adalah di :

LOT 12 BANGUNAN PERMINT,
BANDAR BARU KERTIH.
(deretan bangunan RHB Bank Kertih)

Saturday 24 March 2012

MOTIVASI PELAJAR DAN PENGENALAN ASAS TEKNIK AL-BAGHDADI DI SEKOLAH-SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KETENGAH JAYA (SEJAYA)



                                         



        SEKOLAH RENDAH SRI PAKA




Thursday 22 March 2012

BIODATA PENGARAH USTAZ HARIRI AL-HAFIZ


PENDIDIKAN :

        Beliau mendapat Pendidikan Tahfiz di Madrasah Pertama ditubuhkan di Malaysia iaitu Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. Selepas itu beliau meneruskan pendidikan tahfiz di peringkat syahadah di Sekolah Tahfiz Al-Quran Sungai Limau, Selangor pada tahun 2005.
        
            Meneruskan pengajian Islam di Beirut, Lubnan sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 2007, beliau pulang menyambung pengajian dalam bidang Al-Quran dan Qiraat di Kolej Maahad Al-Ihsaniah, Pulau Pinang. 

        Seterusnya beliau menyempurnakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau sempat menambah ilmu dalam bidang Bahasa Arab dan memperolehi Diploma Bahasa Arab di Markaz Lughah An-Nil, Mesir. 

        Beliau sempat bertalaqqi Al-Quran dan hadith dengan beberapa masyaikh terkenal di Mesir dan mempunyai sanad hingga ke baginda Nabi SAW.

PENGALAMAN KERJA:

        Beliau pernah menjadi Imam Masjid Hadhari Paka, Terengganu selama setahun. Di samping itu beliau bekerja sebagai guru Al-Quran di SMA Imtiaz, Dungun, Terengganu.

       Beliau berpengalaman luas dalam pendidikan tahfiz dan pernah berkhidmat di beberapa sekolah tahfiz antaranya Madrasah Al-Quran Pinang Baru, Kampung Wa, Dungun. Beliau juga pernah mengajar Bahasa Arab, Feqah, Tafsir dan Hadith di Madrasah Darul Ulum, Paka.

       Seterusnya beliau telah menubuhkan kelas pengajian Al-Quran dan tajwid di Taman Uda, Paka. Di samping itu juga, beliau menubuhkan pusat pengajian Al-Quran Baitul Abrar, Paka dan mempunyai pelajar seramai  70 orang.

       Beliau juga berpengalaman dalam menganjurkan kem-kem motivasi di sekolah-sekolah serta pernah menganjurkan kem-kem semasa cuti sekolah antaranya Kem Imam Muda dan Kem Pra-Tahfiz.

Wednesday 14 March 2012

TAKLIMAT PERCUMA DI KEMASIK

Kami akan mengadakan PENGENALAN ASAS TEKNIK AL-BAGHDADI di KEMASIK

TAKLIMAT PERCUMA
 
TARIKH : 18 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.00 MALAM - 10.00 MALAM
TEMPAT : HALALMART KEMASEK 124 RUMAH MURAH KEMASEK
HUBUNGI : 012-988 7109 ( CIKGU AZIAN)
       : 017-9060969 (ZAMREE)

SEMUA DI JEMPUT HADIR

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." 
 
 Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
 
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 
 
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
 
 Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

KELAS DEWASA DI KERTEH SUDAH PENUH DAN AKAN DIBUKA KELAS BARU BAGI SESI KEDUA

Kelas dewasa bagi sesi pertama di Kerteh sudah penuh.

Dan kami akan membuka kelas dewasa bagi sesi ke-2 pada 1 April 2012 ini.

Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera untuk sesi ke-2 kerana TEMPAT TERHAD!!!!

SILA SEBARKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT KITA.......

Saturday 3 March 2012

SUASANA PEMBELAJARAN DI KELAS KANAK-KANAK

JOM TENGOK RAMAI2......

KELAS SESI KE-2 AKAN BERMULA HARI AHAD (4/3/12) INI

Assalamualaikum...


Kelas pengajian Al-Baghdadi Paka sesi ke-2 akan di buka pada 4 MAC 2012 iaitu hari Ahad ini...
Bagi sesiapa yang berminat boleh lah hadir di kelas kami pada malam tersebut pada pukul 8.30 malam...
Sila maklumkan kepada sahabat-sahabat anda!!!!!


 TEMPAT TERHAD!!!!

Thursday 23 February 2012

Wednesday 22 February 2012

VIDEO KELAS PENGAJIAN AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI DI ALC PAKA

suasana kelas pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi bagi dewasa di ALC Paka di bawah bimbingan
 ustaz Hariri Al-Hafiz

Sunday 12 February 2012

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Alhamdulillah...Sambutan kelas pengajian Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi sangat-sangat menggalakkan di Paka & Kerteh..

Semoga niat baik kita untuk menambah ilmu agama Allah mendapat kerahmatan dan keredhaanNya selalu...

Ya Allah kekalkan kami sentiasa dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah....

Thursday 19 January 2012

Cawangan Kerteh

Kelas kami di Kerteh akan di buka pada 1/02/2012. Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh lah mendaftar sekarang sebelum terlambat.

Bagi sesiapa yang belum faham apa itu teknik Al-Baghdadi boleh lah sertai taklimat percuma kami yang akan di adakan seperti berikut :

TARIKH : 21 JANUARI 2012
TEMPAT : MASJID SULTAN MIZAN, KERTEH
MASA : 2.30 - 4.30 PETANG
BAYARAN : PERCUMA

CEPAT DAFTAR SEKARANG..
TEMPAT TERHAD!!!!!

Saturday 14 January 2012

PENDEDAHAN EKSKLUSIF TEKNIK AL-BAGHDADI

Kami akan mengadakan pendedahan eksklusif bagi memperkenalkan kepada anda apakah itu teknik al-baghdadi sebenarnya.


PENDEDAHAN EKSKLUSIF TEKNIK AL-BAGHDADI
TARIKH : 21 JANUARI 2012
MASA : 2.30 PTG - 4.30 PTG
TEMPAT : MASJID SULTAN MIZAN, KERTEH
YURAN : PERCUMA


Tempat adalah TERHAD!!!
DAFTAR SEKARANG!!!! 

DI TALIAN : 019-9924039

Wednesday 11 January 2012

TESTIMONIAL TEKNIK AL-BAGHDADI

VIDEO CARA BELAJAR AL-QURAN MENGGUNAKAN TEKNIK AL-BAGHDADI

KELAS AL-BAGHDADI DEWASA
KELAS AL-BAGHDADI KANAK-KANAK

ALAT-ALAT YANG DI GUNAKAN DALAM TEKNIK AL-BAGHDADI

ALAT KETUK





SET BUKU


SET PLAYTIME

BONGKAR!!!! Teknik Baru Mengaji Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi

Kami merupakan Al-Baghdadi Learning Center Paka & Kerteh. Kami akan memulakan kelas pengajian Al-Baghdadi bagi sesi 2012 adalah pada 1 FEBRUARI 2012. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami iaitu di talian:

0199924039 USTAZ HARIRI AL-HAFIZ
0179392293 USTZAH MAISARAH